zapin best
zapin rancak
lembu
game best
lagi game..la
Friday, September 28, 2007
Pelik tapi benar
duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
Tapi,begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
Pelik ya,
30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir,
Tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.
Pelik ya,
Betapa lamanya satu jam berada di masjid,
Tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.
Pelik ya,
Tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat,dah rasa jemu,
Tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.
Pelik ya,
Dengar iklan jualan murah dalam TV,rasa tak sabar-sabar nak pergi beli belah,
Tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar naktukar channel lain.
Pelik ya,
pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi,
Tapi masjid dekat dengan rumah rasa berat pula kaki nak melangkah pergi.
Pelik ya,
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat,
Tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.
Pelik ya,
Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita,
Tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.
Pelik ya,
Rasa susah sungguh untuk habiskan Al-Quran walau satu halaman,
Tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.
Pelik ya,
Ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert,
Tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.
Pelik ya,
Susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
Tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gossip.
Pelik ya,
Kita begitu percaya pada yang dikatakan di email yang layang di internet,
Tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.
Pelik ya,
Kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai dalam email,
Tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadahsering berfikir dua tiga kali.
Pelik tak kita?
Tepuk dada,tanyalah iman di hati.
Wallahualam~
i'm sorry...
Maafkanku..
Andai telah mengguris hatimu.
Andai telah menyedihkan perasaanmu..
Aku tiada niat di hati..
Melahirkan maksud sebegitu...
Maafkanku..
Andai bicaraku tiada garis..
Hingga bisa buat dirimu menangis...
Izinkan ku melafaz kata maaf..
Memadam kegelisahan taman hati..
Izinkanku menghukum diri..
Meyingkir jauh keegoaan hati...
Maafkan aku..
Muslim
I`m proud to be a muslimah
My code of live is Al-Quran
I hear and honour the azan
And I will die in muslim mind
Laa ilaa ha illallah
Muhammadur Rosulullah
Let Allah be your guiding right
We got concious day and night
You will be precious in his sight
If you follow his guiding light
Perkara Yang Mendatangkan Kesusahan
1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.





